Hari jadi Lila yang kelima kami sambut dengan meriah, walaupun kami sambut sekeluarga je tapi tetap sangat meriah. Semasa kami makan Lila yang paling tak sabar sebab dia nak bukak hadiah, Lila dapat hadiah patung comel dari ibu. Ibu kata anak patung tu serupa dengan Lila sebab rambut anak patung tu macam rambut Lila. Babah pula belikan barang PowerPuff Girl untuk Lila. Ada minyak wangi, sabun dan syampu. Saya belikan Lila mekap sebab adik saya ni suka sangat melawa....hehe...
Hari ini saya sangat gembira kerana saya dapat adik baru.... Adik saya dilahirkan pada 3hb September 2010. Waktu ibu saya masuk hospital, saya sangat risau. Saya tak dapat melawat ibu sebab hospital tidak benarkan kanak - kanak masuk ke wad. Saya dan adik beradik hanya menunggu berita dari ibu dan babah. Selepas mendapat berita ibu sudah bersalin, saya dan adik beradik tak sabar sabar menunggu ibu pulang ke rumah. Saya nak sangat melihat dan dukung adik baru saya...
Sekarang ibu dan adik saya dah ada di rumah. Rumah kami bertambah meriah... Babah bagi nama adik saya ADINDA... Adinda sangat cantik dan comel. Lihatlah gambar - gambar di bawah ini...Nampaknya raya tahun ini, keluarga saya bertambah seronok sebab ada Adinda.