Sabtu
HaRi JaDi LiLA YanG Ke 5 TaHuN
Keluarga
Hari jadi Lila yang kelima kami sambut dengan meriah, walaupun kami sambut sekeluarga je tapi tetap sangat meriah. Semasa kami makan Lila yang paling tak sabar sebab dia nak bukak hadiah, Lila dapat hadiah patung comel dari ibu. Ibu kata anak patung tu serupa dengan Lila sebab rambut anak patung tu macam rambut Lila. Babah pula belikan barang PowerPuff Girl untuk Lila. Ada minyak wangi, sabun dan syampu. Saya belikan Lila mekap sebab adik saya ni suka sangat melawa....hehe...
Selamat Hari Jadi untuk LILA....
Ahad
KEHADIRAN ADINDA .....ADIK BARU SAYA !!!
KeluargaHari ini saya sangat gembira kerana saya dapat adik baru.... Adik saya dilahirkan pada 3hb September 2010. Waktu ibu saya masuk hospital, saya sangat risau. Saya tak dapat melawat ibu sebab hospital tidak benarkan kanak - kanak masuk ke wad. Saya dan adik beradik hanya menunggu berita dari ibu dan babah. Selepas mendapat berita ibu sudah bersalin, saya dan adik beradik tak sabar sabar menunggu ibu pulang ke rumah. Saya nak sangat melihat dan dukung adik baru saya...
Sekarang ibu dan adik saya dah ada di rumah. Rumah kami bertambah meriah... Babah bagi nama adik saya ADINDA... Adinda sangat cantik dan comel. Lihatlah gambar - gambar di bawah ini...Nampaknya raya tahun ini, keluarga saya bertambah seronok sebab ada Adinda.
Selasa
Melukis Lagi
Galeri Lukisan
Hai ..... dah lama saya tidak berkongsi koleksi lukisan saya.
Di bawah ini antara Koleksi Lukisan saya
Sabtu
LAWATAN KE PAMERAN ANIMASI MALAYSIA
Jalan - Jalan
Pada 8 Mei 2010, hari Sabtu... Saya dan keluarga pergi melawat Pameran Animasi di Perpustakaan Negara. Saya sempat tengok pameran animasi lama yang pernah di tayang di TV. Banyak yang saya dapat tahu dari pameran iaitu bagaimana animasi itu dibuat. Babah dan ibu saya berkerja dalam bidang animasi jadi saya sangat bangga berada di sini.
Filem Putih juga ada di pamerkan di sini, babah saya buat cerita ini. Di rumah saya ada melihat beberapa lukisan babah yang ada gambar putih dan watak yang lain dalam cerita filem Putih ini. Saya juga diberitahu, babah juga membuat kartun tv "Sang Wira"... Baru saya tahu... Tapi sayang saya tak dapat tengok cerita Sang Wira. Harap satu hari nanti saya berpeluang menonton cerita Sang Wira....
Kat bawah ni ada gambar kartun Sang Wira. Kartun inilah yang babah saya pernah buat dulu....Saya juga pernah lihat gambar babah pakai kostum Sang Wira ini. Kelakar sangat !!!
Nanti saya letakkan di sini untuk kawan kawan ye....
Saya juga sempat melihat koleksi animasi lama. Saya juga dapat melihat bagaimana proses animasi dibuat. Sebenarnya proses animasi agak susah juga.... Di sini terdapat banyak kartun animasi yang bakal ditayangkan. Terdapat banyak poster animasi yang cantik. Saya tak sabar nak menontonnya. Saya harap semua cerita ini nanti akan lebih hebat dari Upin dan Ipin.
Saya dan adik beradik sempat mengambil beberapa gambar di Pameran ini.... Saya letakkan di sini untuk tatapan semua... Harap pameran macam ni selalu ada. Semoga Animasi Malaysia terus maju.
INI ANTARA PROSES BAGAIMANA ANIMASI DI BUAT. INI DIPANGGIL KEY DAN IB BERMAKSUD KEY ANIMATION DAN IN BETWEEN. SEMUA DI LUKIS DI ATAS KERTAS YANG JUGA DI PANGGIL CEL
BERGAMBAR KENANGAN........SERONOKNYA !!!!
Langgan:
Ulasan (Atom)