Khamis

Belajar buat Kotak Kecil




Cantik tak gambar kotak hadiah kecil ni? Semua kotak - kotak tu semuanya saya buat sendiri. Saya dan adik beradik belajar dari ibu. Caranya mudah saja.....Saya letakkan reben untuk mencantikkan kotak ini. Seronok dapat belajar buat kotak hadiah kecil ni. Saya gunakan apa saja kertas yang saya jumpa untuk buat kotak. Kotak hitam yang ada tulisan tu sebenarnya kertas terbuang dan saya jadikan kotak. Ibu suka hasil kerja saya.Saya juga tampalkan kertas yang digunting bentuk love dan tampal di atas tutup kotak.Cantik kan??? Nanti saya akan suruh ibu tunjukkan cara - cara nak buat kotak ini dan kongsikan di sini....Harap semua sukakan hasil kerja saya.

Sambutan Hari Jadi Aladin

Baru - baru ni, saya dan keluarga sambut harijadi adik saya yng kelima. Nama dia Aladin...tapi kami sambut lambat sikit dari tarikh lahir dia yang betul - betul. Sebabnya, babah dan ibu sibuk sikit...... Hari tu kami senyap - senyap buat kejutan untuk Aladin. Best betul !!!

Ibu masak nasi istimewa kegemaran kami. Saya tak tahu nama nasi tu sebab ibu pun tak tahu nak bagi nama apa. Ibu kata ibu masak campak - campak je... Tapi saya adik beradik suka sangat. Nasi tu ibu masak dengan ayam, lepas tu ibu keluarkan ayam tu dan masak pula dengan mayonis. Ibu bakar tomato dan cili besar untuk makan sama - sama dengan nasi tadi. Emmmm...sedapnye. Ibu juga ada buat puding. Babah beli kek yang besar dan sedap untuk Aladin. Babah belikan hadiah lori besar untuk Aladin juga.

Hari tu, kami seronok betul, kalau boleh hari - hari nak sambut hari jadi...hehe..
Kat bawah ni saya masukkan gambar masa harijadi Aladin, adik saya yang poyo dan degil tapi bijak dan kelakar..hehehe....ENJOY !!!

Sabtu

Koleksi Lukisan Saya

Assalammualaikum... HAI....

Lukisan ini ada yang saya buat sendiri, ada juga yang tengok dari buku tapi semua lukisan saya warnakan sendiri...Ibu kata, ini lukisan kanak - kanak, jadi tak pe kalau comot sikit. Lukisan ini ibu dah potong dan tampal semula pada kertas yang lain sebab masa saya mewarnakan lukisan ni, kertasnya jadi comot. Saya nak buang dan buat lagi tapi ibu tak bagi..... Jadi ibu tampal.

Saya suka lukisan ini, saya juga ada buat lukisan komik bersama kakak saya, tapi masih belum siap.Saya tak sabar nak siapkan sebab nak letak di sini dan kongsi dengan semua.

Inilah gambar gambar lukisan saya....


Halakan cursor ke arah lukisan untuk mengarah hentikan perjalanan gambar.


Ini pula komik saya dan kakak saya.Tapi masih belum siap...