Jumaat

Melawat Ke Perpustakaan Negara

Cuti sekolah saya dan keluarga telah melawat ke Perpustakaan Negara. Perpustakaan Negara membuat aktiviti yang menarik di situ sempena Kempen Mari Membaca.Saya sangat seronok kerana dapat membaca banyak buku kegemaran saya. Saya membaca sampai mengantuk. Saya dan adik beradik masuk ke bahagian perpustakaan kanak - kanak.Di dalam perpustakaan kanak - kanak sungguh cantik dan berwara-warni. Memang sesuai untuk kanak-kanak. Ada banyak buku yang best... Buku - buku itu pula disusun mengikut kategori, jadi senanglah saya nak mencarinya.

Saya ada juga bacakan buku bergambar untuk adik saya. Mereka nampak sangat gembira. Adik saya yang bongsu sampai tertidur mendengar saya dan kakak bercerita.Ibu ada menangkap gambar adik saya tertidur,kelakar betul!!


Di dalam perpustakaan itu ada juga satu ruang bernama Pusat Hipermedia. Di situ ada beberapa buah komputer yang boleh diguna oleh kanak-kanak. Tapi saya tidak sempat mengunakan komputer disitu kerana terlalu ramai orang yang masih menunggu giliran.
Saya hanya sempat masuk ke Sudut Ceria. Di situ ada sebuah TV besar yang menayangkan cerita pembelajaran. Di dinding perpustakaan ada satu lukisan besar yang cantik. Lukisan itu tertulis I LOVE BOOK... Saya harap saya ada satu lukisan begitu di bilik saya. Antara buku yang saya paling saya suka bertajuk Viola Istimewa.